fbpx

FAMA Fest jana jualan hasil tani RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (kiri) meninjau salah satu gerai pameran yang menyertai FAMA Fest peringkat Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Nilai jualan produk Festival Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) atau FAMA Fest di empat buah negeri setakat ini telah mencecah RM5 juta.

Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli berkata, perolehan itu disumbang hasil jualan produk berasaskan industri makanan asas tani, buah-buahan dan florikultur.

Beliau berkata, penganjuran FAMA Fest di Sarawak, Johor, Perak dan Pulau Pinang sejak Februari lalu telah berjaya mencapai misi dengan penglibatan lebih 300 usahawan.

“Program FAMA Fest di empat buah negeri berkenaan telah berjaya menghasilkan jualan RM5 juta dengan kehadiran pengunjung keseluruhan 200,000 orang.

“Bagi peringkat Terengganu pula, kami menyasar tambahan sekurang-kurangnya RM600,000 jualan lagi,” katanya selepas merasmikan FAMA Fest@Terengganu di sini hari ini.

Aminuddin berkata, Terengganu merupakan destinasi terakhir FAMA Fest pada tahun ini dan ia akan berlangsung sehingga Selasa ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, usahawan tani yang menyertai FAMA Fest bukan sahaja dapat menjana pendapatan melalui jualan produk malah berpeluang menembusi pasaran eksport ke luar negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI