fbpx

EPL: Gabriel Jesus kembali mantapkan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS kembali menjalani sesi latihan penuh bersama Arsenal dan bersedia untuk diturunkan bertemu Fulham malam ini. - FB ARSENAL

LONDON – Pasukan Arsenal menarik nafas lega apabila penyerang utama, Gabriel Jesus sudah menjalani latihan intensif dan boleh diserapkan dalam pasukan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Fulham malam ini.

Sebagai rekod, Jesus telah diketepikan sejak awal bulan ini apabila mengalami kecederaan lutut pada sesi latihan sehingga menyaksikan perlu disisihkan pada perlawanan Perisai Komuniti dan dua aksi awal EPL musim ini.

Bagaimanapun, pengendali Arsenal, Mikel Arteta enggan mendedahkan kesebelasan utama sebaliknya mengakui kehadiran Jesus dapat kembali menguatkan pasukan dalam misi mengekalkan rekod kemenangan nanti.

“Kita memiliki skuad yang agak besar dan semua pemain perlu bersedia untuk memberikan impak masing-masing tidak kira mereka bermain dalam kesebelasan utama atau dimasukkan sebagai pemain gantian,” katanya.

Mengulas lanjut, Arteta mengakui banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pasukan terutama daripada aspek penyudah yang dilihat masih tumpul dengan pemain harus berusaha untuk melakar kemenangan besar.

“Saya tidak berpuas hati dengan apa yang kita pamerkan pada dua aksi lepas kerana kita menciptakan banyak peluang tetapi gagal diterjemahkan menjadi jaringan.

“Justeru, saya harap perkara tersebut dapat diperbaiki dengan menggunakan aksi bertemu Fulham nanti sebagai medan menunjukkan keupayaan sebenar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI