fbpx

73,680 kes denggi direkodkan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEGAMAT – Sebanyak 73,680 kes denggi dilaporkan di seluruh negara sejak Januari hingga 12 Ogos lalu sekali gus menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Pada tahun lepas, sebanyak 33,911 kes direkodkan bagi tempoh sama.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, angka itu membimbangkan, namun pembiakan nyamuk Aedes yang tidak terkawal di kawasan kediaman mampu ditangani dengan aktiviti gotong-royong.

ZALIHA ketika hadir majlis pelancaran Program Madani Afiat Negeri Johor dan Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan di SK Kampung Jawa, Segamat hari ini.

“Di peringkat Johor, sebanyak 6,150 kes dilaporkan setakat 12 Ogos lepas berbanding 1,675 kes dalam tempoh sama bagi tahun sebelumnya dengan sembilan kematian dicatatkan.

“Oleh sebab itu, keprihatinan kolektif kita untuk mengelolakan aktiviti bergotong-royong seperti Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan Denggi di Parlimen Sekijang khususnya dan daerah Segamat amnya.

“Saya khuatir kerana mengikut rekod setakat 12 Ogos lalu, 140 kes denggi dilaporkan di Segamat meningkat 57 kes berbanding 2022,” katanya selepas pelancaran Program Madani Afiat Negeri Johor dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 peringkat kebangsaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa di sini hari ini.

Menurut beliau, kegusaran global terhadap ancaman denggi seperti yang diuar-uarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia merupakan amaran kepada Malaysia untuk meningkatkan waspada terhadap endemik tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI