fbpx

Sanusi tunjuk bakat, kongsi ilmu fotografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Muhammad Sanusi sedang mengambil gambar dalam satu majlis anjuran Pas sewaktu ketika dahulu.

PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sering menjadi perhatian orang ramai di media sosial dan kali ini, beliau berkongsi pula bakatnya dan ilmu berkaitan fotografi.

Menerusi hantaran di akaun Facebooknya, Muhammad Sanusi berkata, untuk merakamkan sesuatu gambar, ia perlu diseimbangkan dengan beberapa elemen.

“Ketika kita mengambil (merakam) foto, kita perlu seimbangkan beberapa elemen untuk menghasilkan foto yang menarik. ‘Aperture, shutterspeed, ISO dan composition’.

“‘Aperture’, tahan bukaan pada lensa. Ada keadaan yang tak boleh buka luas. ‘Shutterspeed’, kelajuan shutter.

“ISO, tahap kepekaan sensor terhadap cahaya. ISO tinggi mungkin dapat gambar lebih cerah, tetapi kadang-kadang banyak pula noise (gangguan). ‘Composition’, bagaimana kita mengatur subjek, latar belakang, latar depan dan lain-lain.

“Kita nak subjek ‘background’ dia macam mana. Kita ubahlah ‘angle’ (sudut). Semua ini kita atur supaya gambar jadi menarik,” katanya semalam.

Muhammad Sanusi berkata, seseorang jurufoto perlu mempunyai ‘sikap’ bukan ‘reda apa yang ada’.

“Itu akan membezakan antara seorang jurufoto dan camera owner (pemilik kamera). Kita yang kawal perlatan kita, bukan sebaliknya,” katanya diakhiri nama Abang Kumira.

Pada hantaran itu juga, beliau turut berkongsi video sedang mengambil gambar dalam satu majlis dipercayai anjuran Pas, iaitu sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI