fbpx

Polis buru lagi ‘casual’ Penang, penyokong Kedah FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 20 tangkapan baharu membabitkan kes merusuh di Stadium Bandaraya dibawa ke Mahkamah Majistret George Town untuk mendapatkan perintah reman, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Polis tidak menolak kemungkinan ada lagi individu akan ditahan susulan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan penyokong Kedah FC dan ‘casual’ Penang selepas aksi perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tangkapan susulan itu dilakukan berdasarkan siasatan yang sedang dijalankan ketika ini.

“Susulan daripada tangkapan tujuh lelaki tempatan malam kelmarin, polis menahan lagi seramai 20 lelaki tempatan semalam.

“Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 38 tahun itu berasal dari Pulau Pinang manakala dua daripada mereka mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah,” katanya di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, hasil ujian saringan awal ke atas kesemua suspek mendapati negatif daripada sebarang pengambilan dadah.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 26 Ogos nanti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat,” jelasnya.

Kata Soffian, tujuh suspek yang ditahan reman semalam sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Provokasi dipercayai menjadi punca pergaduhan kedua-dua penyokong itu di luar pekarangan stadium selepas perlawanan ke-20 itu tamat.

Pada perlawanan Selasa lalu, kedah FC berjaya menundukkan pasukan tuan rumah 2 -1 dalam aksi ‘derby’ Utara yang berlangsung penuh hangat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI