fbpx

[VIDEO] Bukan suami, anak pun kena marah sebab Abang Tesla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja lelaki kelihatan terpinga-pinga dimarahi ibunya gara-gara Abang Tesla.

PETALING JAYA – Kisah pengsohor media sosial yang dikenali Abang Tesla berkahwin dua bukan sahaja menyebabkan golongan suami menjadi ‘mangsa’, malah anak-anak turut terkena tempiasnya.

Menerusi perkongsian video TheMamaSempoi di TikTok, dia dilihat memberi amaran kepada anak lelakinya yang berada di atas sebuah basikal di pekarangan rumah, supaya tidak berkahwin melebihi seorang.

“Adik, kau ni pergi beli roti tu molek-molek sikit. Kau ingat eh, besar nanti kau jangan nak kahwin dua, tiga!

“Kalau kau kahwin dua, tiga, aku cincang 14. Kau tengok lah, kau dengar apa aku cakap ni!,” tegasnya.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata terhibur dengan gelagat dua beranak itu.

Tambahan, anak lelaki wanita tersebut kelihatan terpinga-pinga seolah-olah tidak mengerti apa yang dimaksudkan ibunya itu.

“Mesti pak dia ada kat sebelah tu. Biasalah mak-mak punya seni perli ni lain sikit pusingnya, anak lah tempat paling ngam nak luah,” komen WolveRinn.

“Kepada suami-suami orang, tunang-tunang orang, kekasih-kekasih orang, ingatlah, bukan kau orang ja yang kena, tapi anak bujang pun kena,” kata Adawiyah.

“Jem kepala adik, mama oi! Nak pergi beli roti ja pun, melarat ke kahwin dua, tiga. Lepas ni aku rasa adik dah fobia nak makan roti,” seloroh lela_oii85 pula.

Video tersebut telah menerima 1.8 juta jumlah tontonan sejak ia dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE

@themamasempoiKo jangan main2 dgr aku ckap ye. Aku yg beranak kan ko dgr cakap mama ni!

♬ original sound – ABG.TESLA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI