fbpx

Thaksin masuk hospital belum sempat 24 jam dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thaksin Shinawatra penyokongnya selepas mendarat di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok semalam. - AFP

BANGKOK – Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dipindahkan dari penjara ke sebuah hospital hari ini, kata pegawai, sehari selepas beliau dipenjarakan sekembalinya dari luar negara setelah 15 tahun hidup dalam buangan.

Bekas pemimpin berusia 74 tahun yang dua kali menjadi perdana menteri dan pernah digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006 itu mengalami pelbagai masalah kesihatan, demikian menurut pegawai.

Keadaan itu menyebabkan beliau dipindahkan dari penjara ke hospital polis sejurus selepas tengah malam tadi.

Kepulangan Thaksin pagi semalam berlaku pada hari yang sama partinya, Parti Pheu Thai kembali mengetuai kerajaan dalam kerjasama perkongsian kuasa dengan parti protentera.

Ia menyebabkan tersebarnya spekulasi mengenai perjanjian untuk mengurangkan tempoh tahanan beliau di penjara.

Jurucakap Jabatan Pemulihan Banduan, Sitthi Sutivong dalam satu kenyataan berkata, lewat malam tadi, pegawai perubatan penjara melaporkan Thaksin mengalami masalah kesukaran tidur, tekanan darah tinggi dan oksigen dalam darah rendah.

“Beliau mempunyai beberapa penyakit yang perlu dipantau, khususnya penyakit jantung dan pihak hospital penjara tidak mempunyai peralatan yang bersesuaian untuk merawatnya.

“Menurut doktor, bagi mengelakkan risiko yang boleh membahayakan nyawa, Thaksin perlu dibawa ke hospital,” kata Sitthi.

Sejurus mendarat di Bangkok dengan menaiki jet peribadi, Thaksin yang juga bilionair itu dibawa ke mahkamah dan diperintahkan menjalani hukuman penjara yang dijatuhkan semasa ketiadaannya di Thailand. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI