fbpx

Menara Jam di Mekah disambar kilat beberapa saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kombinasi gambar menunjukkan detik-detik kilat menyambar Menara Jam di Mekah semalam. - Foto Gulf Today

MEKAH – Sebuah video yang dirakam dari kawasan pergunungan di Mekah, Arab Saudi memaparkan situasi kilat menyambar Menara Jam, semalam, sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan), lapor laman berita Gulf Today.

Beberapa pengguna media sosial berkongsi gambar dan video tersebut yang menunjukkan kilat menyambar serta menerangi langit selama kira-kira 4 saat.

Pusat Meteorologi Kebangsaan di Arab Saudi meramalkan awan kumulus akan berada di kawasan Asir, Jazan, Al-Baha, dan Mekah, serta akan bergerak ke arah barat dengan jangkaan hujan sederhana hingga lebat.

Ia juga akan membawa hujan batu dan angin kencang.

Laman web ramalan cuaca, Arab Weather turut menyatakan bahawa wilayah barat daya dan barat negara itu menyaksikan aktiviti cuaca luar biasa sepanjang minggu lalu yang membawa kepada hujan dengan intensiti berbeza-beza. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI