fbpx

Debaran undian ACL, Piala AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT pastinya memasang impian untuk mencipta pencapaian lebih baik pada saingan ACL musim ini selepas terkandas di pusingan 16 terbaik musim lalu.

NASIB wakil kelab Liga Malaysia (Liga M) pada kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC musim 2023/2024 akan diketahui pada majlis undian di Kuala Lumpur esok.

Tumpuan sudah pasti diberikan kepada juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal membuat kemunculan di peringkat kumpulan ACL buat tahun keempat berturut-turut sejak edisi 2019.

Skuad Harimau Selatan kendalian Esteban Solari itu telah diletakkan dalam balang 3 pada kempen kali ini bersama Hanoi FC (Vietnam), Kaya FC-Iloilo (Filipina), Melbourne City (Australia) dan Lion City Sailors (Singapura) di Zon Timur.

Pilihan utama dalam balang 1 pada Zon Timur yang dijangka bakal memberi ancaman utama kepada JDT seperti Ulsan Hyundai (Korea Selatan), Yokohama F. Marinos (Jepun), Wuhan Three Towns (China), Buriram United (Thailand) dan Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan).

Selepas tiga kali sekadar beraksi di peringkat kumpulan, JDT mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke pusingan 16 terbaik tahun lalu sebelum tewas kepada kelab Jepun, Urawa Reds Diamond dengan kekalahan 0-5.

JDT yang berjaya menjuarai trofi Piala FA musim ini akan mengharungi peringkat kumpulan ACL bermula 18 September hingga 13 Disember nanti.

Sementara itu, dua wakil Liga M pada kempen Piala AFC kali ini, Terengganu FC (TFC) telah diletakkan dalam balang 1, manakala Sabah FC diletakkan dalam balang 3 bagi saingan zon Asia Tenggara.

Skuad TFC dan Sabah FC sudah pasti mahu berusaha mencipta ‘kisah fantasi’ seperti yang dilakukan oleh Kuala Lumpur City (KL City) yang mara sehingga pentas final Piala AFC tahun lalu sebelum tewas 0-3 kepada kelab Oman, Al Seeb.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI