fbpx

Bapa Baddrol selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baddrol menyiram air mawar ke pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam di pekarangan Masjid Al-Busyra, Merbok petang tadi.

SUNGAI PETANI – Bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al-Busyra di sini petang tadi.

Bakhtiar Mat Isa, 66,yang merupakan bekas anggota tentera selamat dikebumikan pada pukul 3.10 petang tadi berdekatan kubur isterinya Siti Rokibah Najamuddin serta salah seorang anak mereka Mohamad Rozaimi di situ.

Difahamkan,Rozaimi seorang pegawai polis berpangkat Inspektor meninggal dunia beberapa bulan lebih awal dari ibunya,manakala Siti Rokibah pada Disember 2022 lalu.

Sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Mutaqin, Taman Ria dan tiba di tanah perkuburan pada pukul 1.30 petang sambil diiringi ahli keluarga.

Bakhtiar bapa kepada enam orang anak meninggal awal pagi tadi di rumah Baddrol yang juga anak keempatnya itu di Cinta Sayang Resort Villa kira-kira pukul 6.04 pagi tadi.

Kematian bapa kepada bekas kapten pasukan bola sepak Kedah itu dimaklumkan menerusi akaun rasmi media sosialnya yang baharu saja dipilih sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Ke-15 pada 12 Ogos lalu.

Difahamkan Baddrol telah menemani bapanya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di bandar Alor Setar dan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani sejak seminggu lalu.

Bapanya menjalani pembedahan penyakit angin pasang di HSAH dan dalam keadaan sihat sebelum di bawa pulang dan tinggal dikediamannya Ahad lalu.

Turut hadir pada majlis pengkebumian itu ialah saudara terdekat serta beberapa orang rakan sepasukan yang pernah bersamanya dalam pasukan bolasepak Kedah suatu masa dahulu.

Bagaimana pun Baddrol yang ditemui enggan ditemu ramah kerana memaklumkan dia masih bersedih selepas kehilangan bapanya yang disayangi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI