fbpx

Sesi libat urus KPM bincang kurikulum, silibus sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika melawat pameran PPPM pada majlis tersebut. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan sesi libat urus secara besar-besaran bagi membincangkan isu berkaitan kurikulum dan silibus pelajar sekolah.

Menterinya, Fadlina Sidek berkata, inisiatif berkenaan sebagai persediaan kitaran silibus baharu yang dijadualkan bakal dilaksana pada 2027.

“Sesi bagi kurikulum akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dengan semua pihak terlibat dan semua isu yang disentuh akan dibincangkan nanti.

“Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana KPM sedang meneliti isu itu dengan lebih serius dan memberi jaminan sesi libat urus berkenaan akan melibatkan semua pihak,” katanya selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, hari ini.

Menurut Fadhlina, pihaknya turut memandang serius isu kesukaran silibus yang disuarakan ibu bapa sejak kebelakangan ini.

“Hanya lima peratus silibus yang dilihat sukar dan dikhaskan bagi pelajar yang mempunyai aras pemahaman lebih tinggi. Kita kena adil pada anak-anak yang berkemahiran sedikit tinggi berbanding lain dan sudah boleh dikuasai peringkat umur mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat menghentikan budaya ‘Tak Viral, Tak Selesai’ namun menyalurkan maklumat kepada saluran betul yang disediakan KPM.

“Kita menyediakan platform khas aduan kes buli dan bersifat umum lain menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA). Semua pihak disaran mengikuti proses alur kerja KPM dengan menuar-uarkan aduan di platform aduan rasmi tersebut,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI