fbpx

Lima suspek ditahan pukul, tetak lelaki hingga parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan suspek menetak mangsa menggunakan parang di sebuah premis di kawasan Matang, Padawan.

PADAWAN – Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menyerang seorang lelaki bersenjatakan kayu hoki dan parang sehingga mengalami kecederaan parah dalam kejadian di sebuah premis dekat kawasan Matang, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata tangkapan ke atas semua suspek yang berusia antara 20 hingga 45 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 1.16 petang, semalam.

Menjelas lanjut, beliau berkata, kejadian berlaku pada awal pagi semalam iaitu kira-kira pukul 1 pagi, ketika mangsa lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an bersama teman wanitanya sedang makan malam.

Katanya mangsa kemudian didatangi kesemua suspek, dengan salah seorang suspek menuduh mangsa mempunyai hutang dengannya tetapi dinafikan mangsa.

“Kerana tidak puas hati dengan penafian mangsa, suspek kemudian membawanya keluar dari premis makan berkenaan lalu menyerang menggunakan kayu hoki sebelum dilibas dengan parang.

“Mangsa cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya menyebabkannya mengalami luka di bahagian badan dan kaki akibat ditetak. Menyedari mangsa cedera, kelima-lima suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak dan dalam keadaan stabil namun memerlukan pemerhatian rapi kerana kecederaan dialaminya.

Lim berkata kesemua suspek direman di Mahkamah Kuching hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI