fbpx

Hujan lebat di 9 negeri termasuk Selangor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir melibatkan sembilan negeri sehingga pukul 11 pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Kedah, ia membabitkan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar serta beberapa kawasan di Johor iaitu Tangkak dan Muar.

“Sementara itu, di Selangor meliputi Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan tertumpu di Seremban, Port Dickson dan Rembau,” katanya hari ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI