fbpx

Piala Malaysia: Amaran JDT pertahan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUNIMOTO berjaya meledak dua gol pada aksi debut bersama JDT ketika menentang Kelantan kelmarin.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENYANDANG Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) melaungkan amaran awal untuk terus mempertahankan kejuaraan setelah melangkah ke suku akhir dengan agregat 15-1 pada pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin.

Walaupun pengendalinya, Esteban Solari melakukan rombakan kecil pada pertemuan itu, namun masih berupaya mencatatkan kemenangan besar ke atas pasukan tercorot Liga Super pada perlawanan tersebut.

Menurut Solari, dia berpuas hati setelah pemain yang jarang diturunkan dapat membalas kepercayaan itu dengan memberikan persembahan terbaik dan berintensiti tinggi ketika membantu pasukan mencipta rekod kemenangan terbesar pada musim ini.

“Pemain yang jarang diberi peluang beraksi ini mampu menggalas tugas dengan baik memberi isyarat positif buat pasukan, walaupun kurang minit permainan namun mereka tetap berupaya beraksi di tahap tinggi.

“Ini membuktikan latihan yang intensif dan berintensiti tinggi di kem Harimau Selatan dapat memastikan pemain sentiasa berada di prestasi terbaik walaupun jarang diturunkan.

“Pemain seperti Daryl Sham (George), Asyar Hadi (Shapri), Safawi (Rasid) dan Syahmi (Safari) berjaya menterjemahkan hasil latihan intensif itu, malah Daryl dan Asyar masing-masing turut menjaringkan satu gol,” katanya.

Bekas penolong jurulatih bawah 23 tahun Argentina itu turut menghamburkan pujian kepada Takahiro Kunimoto yang mẹmbuat penampilan pertama bersama pasukan dan berjaya meledakkan dua gol pada babak pertama permainan.

Katanya, pemain import kelahiran Jepun itu yang menimba pengalaman di Liga Portugal perlukan sedikit masa lagi untuk melibatkan corak permainan bersama penyerang lain bagi menambah bisa buat jentera serangan JDT.

“Kunimoto bijak membaca permainan dan tahu masa yang tepat untuk membuat umpanan membelahi barisan pertahanan, malah dia beberapa kali membuka ruang buat Bergson (Da Silva) dengan hantaran yang menarik,” katanya.

Ditanya sama ada meletakkan sasaran untuk menang besar ke atas skuad kendalian Alfredo Vera selepas Terengganu FC menewaskan Kelantan FC 8-0 dalam saingan Liga Super, Solari memberitahu, pasukan JDT sentiasa mahu menang dengan jaringan yang besar dan ia tidak terkecuali pada perlawanan itu.

“Kami bukan mahu mengejar rekod menang dengan jaringan besar musim ini, kami amat menghormati lawan kami dan akan bermain bermati-matian tanpa mengira siapa lawan kami,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI