fbpx

Agrobank sedia ATM, CDM di pusat sehenti Orang Asli di Kampung Bawong, Sungai Siput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang (kiri) melancarkan mesin ATM dan CDM di OAOSC, Kampung Bawong, Sungai Siput baru-baru ini.

PETALING JAYA – Agrobank perluaskan jangkauan perkhidmatan perbankannya dengan menyediakan mesin teler automatik (ATM)  dan mesin deposit tunai ( CDM) ke kawasan pedalaman Orang Asli One-Stop Centre (OAOSC) Kampung Bawong, Sungai Siput, Perak baru-baru ini.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin
berkata, langkah ini selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan rakyat terutamanya
kumpulan tumpuan mendapat akses yang pantas dan mudah kepada perkhidmatan perbankan.

“Agrobank merupakan bank pertama yang menyediakan perkhidmatan ATM dan CDM di Bawong
dan berdekatan perkampungan Orang Asli sekitar Kuala Kangsar.

“Memandangkan jarak ATM atau bank di Sungai Siput yang berada agak jauh, para penduduk yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut terpaksa keluar dan bergerak sejauh 27 kilometer.

“Justeru, kami mengambil inisiatif ini dengan mewujudkan kerjasama strategik dengan Jabatan
Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan Negeri Kedah dalam meningkatkan tahap capaian
penggunaan perkhidmatan perbankan asas dan berusaha menyokong keperluan masyarakat
luar bandar.

“Kami anggarkan dengan adanya perkhidmatan ini, ia dapat membantu mempercepatkan urusan perbankan lebih kurang 15,000 orang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Ahmad Badli Shah menjelaskan, dengan adanya mesin ATM dan CDM ini segala urusan perbankan lebih mudah dan segala transaksi boleh dilaksanakan dan tidak perlu lagi ke kaunter bank.

Tambah beliau, dianggarkan lebih 500 akaun baharu Agrobank bakal dibuka melalui kemudahan baharu tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI