fbpx

Wanita tinggal bayi di tempat pembuangan sampah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi yang ditemui di tempat pembuangan sampah di di Moyan Square, Batu Kawa, Padawan.

PADAWAN – Ibu kepada bayi perempuan yang ditemui ditinggal di tempat pembuangan sampah di Moyan Square, Batu Kawa di sini berjaya ditahan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata suspek dikesan kira-kira pukul 11.20 pagi dan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Suspek merupakan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 22 tahun dan belum berkahwin. Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu daripada orang awam kira-kira pukul 9.18 pagi semalam.

Katanya bayi itu dijumpai di dalam sebuah kotak oleh pekerja pembersihan daripada syarikat pengurusan pembuangan sampah ketika kerja-kerja pemunggahan sampah di lokasi berkenaan kira-kira jam 6.50 pagi.

“Curiga dengan kandungan kotak berkenaan, pekerja daripada syarikat terbabit membuat pemeriksaan dan mendapati seorang bayi dengan uri yang telah dipotong berada di dalamnya.

“Saksi terus membawa bayi bersama dengan kotak terbabit di kawasan berdekatan pasar raya agar orang awam dapat memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Tambah beliau, bayi terbabit cukup sifat namun agak lemah kerana kelaparan, namun tiada sebarang kesan kecederaan di tubuh badannya.

Lim menambah susulan itu, dua wanita seterusnya membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Batu Kawa untuk pemeriksaan serta rawatan.

Ujarnya, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut dan pihaknya juga telah berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pengurusan bayi berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI