fbpx

Suhaizan calon Amanah PRK Parlimen Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaizan.

PETALING JAYA – Bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat, 50, dinamakan sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai bulan depan.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman, 56, pula menjadi calon bagi PRK DUN Simpang Jeram.

“Insya-Allah calon-calon ini akan diperkenalkan dalam Majlis Memperingati Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Ogos ini di DUN Simpang Jeram,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad berkata, pencalonan kedua-dua mereka selepas mengambil kira semua faktor dan pandangan Jawatankuasa Pemilihan Calon Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang ditubuhkan Amanah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor pada 9 September depan.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan masing-masing pada 26 Ogos dan 5 September 2023.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian Salahuddin yang merupakan penyandang kedua-dua kerusi tersebut, pada 23 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI