fbpx

Nahas Elmina: Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz tiba di Masjid Al-Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Muhammad Hafiz disembahyangkan di Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, Sungai Petani pada pukul 2.56 petang tadi.

SUNGAI PETANI – Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, selamat tiba di Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, di sini pada pukul 2.56 petang tadi.

Lebih 300 jemaah termasuk saudara mara dan kenalan arwah menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Masjid Al-Huda, Aziddin Mat Arifin pada pukul 3 petang tadi.

Terdahulu, penghantar makanan itu merupakan jenazah pertama yang sah dikenal pasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Jenazah dimandi dan dikapankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan HTAR, Klang sebelum dituntut bapanya, Muhamad Salleh, 57, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI