fbpx

Nahas Elmina: Belum putus lokasi kebumi Sharipuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramlah ketika ditemui di luar pekarangan unitl Forensik HTAR Klang, malam ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Keluarga Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, belum memutuskan lokasi sebenar pengebumian jenazah pemandu e-hailing itu setakat ini.

Kakak mangsa, Ramlah, 56, berkata ahli keluarga termasuk ibunya, Hatun Bakar, 81, masih terkejut dengan pemergian anak ketiga daripada empat beradik itu.

“Kami (keluarga) masih lagi berbincang dan belum tahu lokasi pengebumian sama ada di Perlis atau Sepang.

“Khabar duka ini masih terkesan dan kami menunggu proses bedah siasat selesai sebelum menuntut jenazah arwah,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, malam ini.

Allahyarham Sharipuddin antara 10 mangsa yang maut dalam nahas pesawat ringan terhempas di Persiaran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, semalam.

Anak kelahiran Kampung Rani Estet, Arau itu meninggalkan seorang balu, Suriana Muda, 43, dan dua anak iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16, serta Nur Izzara Arissya, 9.

Jelas Ramlah, kali terakhir dia menghubungi arwah adalah minggu lalu atas permintaan ibu yang terlalu merinduinya.

“Pada waktu itu, arwah memaklumkan turut merindui ibu kami dan mahu pulang ke kampung sekiranya ada waktu cuti.

“Tidak sangka itu perbualan terakhir selepas kami bertemu ketika sambutan Aidilfitri pada April lalu. Arwah adalah seorang yang amat baik, ceria dan suka membantu orang lain,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI