fbpx

Azeem berdepan detik cemas sebelum mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (tengah) merekodkan masa terpantas peringkat kelayakan Kejohanan Dunia dengan catatan 10.24s di Budapest, Hungary sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Bintang olahraga negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi menepati ramalan apabila mengungguli kelayakan saringan dua 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary sebentar tadi.

Azeem, 19, ternyata langsung tiada saingan apabila memecut deras meninggalkan tujuh pencabarnya sebelum melintasi garisan penamat dengan catatan 10.24 saat (s) pada aksi di Stadium Olahraga Nasional itu.

Bagaimanapun, pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan masa 10.09s itu terlebih dahulu berdepan detik cemas apabila dia dilihat berbincang dengan beberapa pegawai teknikal di belakang trek perlumbaan.

Menurut ulasan pengacara siaran televisyen, Azeem dipercayai hilang boarding pass, namun masalah itu berjaya diselesaikan apabila dia kembali ke trek perlumbaan sebelum namanya diumumkan.

Situasi itu pastinya membakar semangat Azeem kerana catatan 10.24s yang dilakukannya merupakan masa terpantas peringkat kelayakan diikuti Emanuel Archibald dari Guyana (10.27s) dan atlet Gambia, Ebrahima Camara (10.32s).

Sebagai info, Azeem perlu mengharungi aksi kelayakan kerana bertanding pada Kejohanan Dunia atas tiket wildcard walaupun mempunyai rekod peribadi 10.09s dan catatan tahunan terbaik 10.11s.

Atlet dari Teluk Intan, Perak yang mewakili Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat itu dijadualkan turun berentap dengan jaguh-jaguh dunia lain pada pusingan pertama pada pukul 1.45 pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI