fbpx

5 selebriti cemerlang jadi ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA selebriti termasuk dari Indonesia dan AS yang cemerlang sebagai ahli politik.

KEMENANGAN penyanyi rap Altimet dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada 12 Ogos lalu menyaksikan penyanyi itu menjadi selebriti kedua bergelar wakil rakyat selepas pelakon, Datuk Dira Abu Zahar.

Altimet atau nama lengkapnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman dari calon parti Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi Lembah Jaya dengan memperoleh 26,116 undian, meninggalkan pesaingnya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 6,707 undi.

Pasha Ungu

Vokalis kumpulan Ungu, Pasha kembali aktif semula dalam bidang politik selepas sempat melunaskan tanggungjawabnya sebagai wakil Wali Kota atau Datuk Bandar Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.
Kini pemilik nama sebenar Sigit Purnomo Said itu mahu melangkah lebih tinggi dengan menjadi calon Dewan Perwakilan Rakyat atau DPR sekali gus bertanding untuk pilihan raya Indonesia yang seterusnya.

Ditanya media tempatan mengenai keputusannya kembali ke kancah politik, Pasha mengaku mahu merebut salah satu kerusi di DPR dan berbakti kepada masyarakat.
Namun kata pelantun lagu Kekasih Gelapku itu, biar sibuk dengan politik, dia tidak akan pernah meninggalkan kumpulan Ungu.

Datuk Dira Abu Zahar

PELAKON Datuk Dira Abu Zahar menjadi selebriti pertama bergelar wakil rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.
Dira atau Khaidhirah Abu Zahar yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) berjaya memperolehi undi sebanyak 4,037 sekali gus menewaskan dua calon lain dengan majoriti sebanyak 1,327 undi.

Beliau yang pernah aktif sebagai pengacara itu ketika ditemu bual pemberita memberitahu, dia berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin. Antara filem yang pernah dibintangi Dira ialah Tahajud Cinta, Dahlia, Chow Kit dan Longkai.

Kris Dayanti

Diva terkenal Indonesia, Kris Dayanti juga tidak ketinggalan untuk turut sama mewarnai dunia politik di negara republik itu.
Pada tahun 2019, penyanyi berusia 48 tahun itu yang menyertai Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Indonesia bagi sesi atau penggal 2019 hingga 2024.

Terbaharu, pelantun lagu Menghitung Hari itu sekali lagi dinamakan sebagai calon anggota legislatif bagi Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024. Beliau antara beberapa artis Indonesia lain yang dicalonkan bagi pilihan raya berkenaan.

Penganalisis politik dari Forum Masyarakat Peduli Parlemen (FORMAPPI), Lucius Karus, berkata, pencalonan selebriti sebagai anggota legislatif adalah kaedah mudah bagi sesebuah parti politik meraih undi dengan trend itu yang mula diketengahkan pada 2004.

 

Ronald Reagan

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-40, Ronald Reagan dahulunya merupakan salah seorang pelakon yang menjadi kegilaan ramai pada sekitar tahun 1950.
Beliau yang pernah membintangi lebih daripada 50 buah filem Hollywood kemudian terjun dalam arena politik sebelum menyandang jawatan sebagai Gabenor California ke-33 dari tahun 1967 sehingga 1975.

Pada tahun 1980, pelakon yang pernah membintangi filem General Electric Theatre dan Death Valley Days itu bertanding untuk pemilihan Presiden AS di bawah parti Republikan dan berjaya menewaskan pihak lawannya, Jimmy Carter dari parti Demokratik.
Reagan menjawat jawatan sebagai Presiden AS dari tahun 1980 hingga 1989.

Arnold Schwarzenegger

Pernah terpalit dengan beberapa kontroversi membabitkan gangguan seksual terhadap wanita ternyata tidak menghalang bintang terkenal Hollywood, Arnold Schwarzenegger untuk berkecimpung dalam kancah politik.

Pelakon yang juga bekas ahli bina badan itu membuktikan kemampuannya apabila pernah dilantik sebagai Gabenor California dan diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan tersebut dari 2003 sehingga 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI