fbpx

Nahas Elmina: Grab ucap takziah, komited bantu keluarga Sharipuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di InstaStory Grab Malaysia.

PETALING JAYA – Grab Malaysia komited memberikan bantuan kepada ahli keluarga pemandu p-hailing, Sharipuddin Shaari yang turut maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, semalam.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, pihaknya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga, saudara mara serta kenalan mangsa.

“Beliau adalah seorang ayah dan suami yang dikasihi, pastinya akan dirindui oleh rakan pemandu yang lain. Nahas pesawat di Elmina yang meragut nyawanya secara tiba-tiba adalah kejadian yang tragis dan menyayat hati.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran nasib yang menimpa arwah, Grab telah menghubungi keluarga mangsa bagi menawarkan bantuan yang diperlukan bagi meringankan beban mereka.

“Selain manfaat insurans, kami juga akan memastikan keluarganya mendapat bantuan selanjutnya.

“Ini termasuk pembayaran daripada dana wakalah Zakat Rakan Kongsi Grab dan sumbangan daripada kakitangan Grab Malaysia dan komuniti Rakan Pemandu Grab,” katanya.

Dalam pada itu, Grab menggesa orang ramai agar tidak berkongsi maklumat peribadi mangsa di media sosial bagi menghormati privasi keluarga dan siasatan yang sedang dijalankan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pemandu Grab yang maut dalam nahas tersebut disyaki berseorangan di dalam kenderaan semasa kejadian berdasarkan kepada pemeriksaan log.

Turut dilaporkan, pemandu Grab yang bernama Sharipuddin Shaari tidak mengambil sebarang penumpang sejak pukul 2 petang sebelum berlakunya insiden pesawat terhempas.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI