fbpx

Menu Nasi Lemak ‘Wan’ Malaysia hidangan istimewa sempena Hari Merdeka di Cafe Chef Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hidangan istimewa Nasi Lemak 'Wan'Malaysia bakal menarik minat orang ramai untuk menikmatinya di cawangan Cafe Chef Wan.

PETALING JAYA – Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, Cafe Chef Wan   memperkenalkan Nasi Lemak ‘Wan’ Malaysia (yang membawa erti ‘satu’ Malaysia) hidangan kulinari yang direka dengan elegan menggabungkan pilihan utama daripada pelbagai budaya makanan Malaysia.

Hidangan istimewa 17 Ogos lalu hingga 17 September ini  menyerlahkan gabungan budaya yang harmoni, melambangkan perpaduan dan kepelbagaian Malaysia.

Untuk kenikmatan maksimum, cef selebriti antarabangsa, Datuk Redzuawan Ismail, (Cef Wan) telah mengolah semula hidangan itu dengan sentuhan kontemporari.

Menu dengan aroma segar daripada beras wangi yang dimasak dengan santan dan daun pandan itu turut  digandingkan dengan Udang Harimau Masak Cili Manis dan Pedas Cina, Sambal Sotong Melayu buatan sendiri yang sungguh aromatik, Ayam Masak Halia Hutan Tuhau Kadazan-Dusun dan Pakora Goreng Rangup India.

“Menu yang bersesuaian untuk dua orang itu menawarkan keseimbangan daripada pelbagai citarasa berbeza, lengkap dengan semua rasa termasuk  masam dan manis,” jelas Cef Wan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Hidangan yang dijual pada harga RM66 ++  boleh didapati di semua cawangan kecuali Cafe Chef Wan Petit sama ada makan di restoran, bawa pulang dan juga melalui penghantaran.

 “Nasi Lemak ‘Wan’ Malaysia lebih daripada sekadar hidangan, ia adalah perayaan budaya, perpaduan dan perjalanan negara, kami sangat teruja untuk menawarkan rasa warisan Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya.

“Kami menjemput semua rakyat untuk bersama kami merasai pengalaman kulinari yang mencerminkan kepelbagaian negara kita yang meriah dan komitmen kami terhadap kecemerlangan dalam menghidangkan makanan kepada pelanggan,” jelasnya.

Selain itu, dibawakan secara eksklusif untuk Merdeka tahun ini, Cafe Chef Wan, rangkaian restoran di bawah Syarikat Restoran Chef Wan juga menawarkan satu kaunter khas yang panjang untuk menyajikan menu antarabangsa yang diinspirasikan oleh pengembaraan Chef Wan. 

Tempahan kini dibuka untuk mereka yang ingin merasai kelazatan Nasi Lemak ‘Wan’ Malaysia dan menjadi sebahagian daripada menu perayaan gemilang ini. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI