fbpx

Jangan bagi alasan, balik dan hadapi siasatan – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki.

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pemegang saham NERS Sdn. Bhd. (NERS), Mansoor Saat dan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan diminta pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sudah mengesan kedua-dua individu sejak Jun lalu berhubung siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Bagaimanapun, Mansor dan Muhammad Adlan yang meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu dilaporkan tiada rekod kembali ke tanah air.

“Jangan bagi banyak alasan, saya tetap dengan pendirian saya, mereka (Mansor dan Muhammad Adlan) balik sahaja dan hadapi siasatan ini.

“Saya tak mahu dengar alasan. Mungkin apa yang saya cakap ini orang tak suka, tetapi itulah saya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Forum Eksekutif Merdeka Tadbir Urus Terbaik dalam Sektor Awam di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Mansor menafikan dakwaan melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan.

Mansoor, 69, menegaskan beliau bukan seorang pelarian dan tidak melarikan diri, selain sudah memberi kerjasama kepada SPRM yang mengetahui keberadaannya.

Katanya, tindakan keluar dari Malaysia dibuat secara sah atas urusan perniagaan, namun ia digunakan terhadapnya sebagai isyarat seolah-oleh dirinya bersalah.

“Saya meninggalkan Malaysia pada pertengahan Mei atas urusan perniagaan. Saya kemudian dihubungi oleh pegawai penyiasat SPRM dan memberi maklum balas melalui surat bertarikh 3 Jun 2023 bahawa saya akan kembali selepas menyelesaikan urusan perniagaan.

“Saya memaklumkan ada urusan yang belum selesai dan akan pulang dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mansoor mendakwa, beliau dilibatkan secara tidak sah kerana kaitannya dengan Adlan.

“Saya seorang ahli perniagaan serta peguam bela dan peguam cara yang mempunyai urusan perniagaan dengan ramai orang, namun saya terkejut kerana hubungan saya dengan Muhammad Adlan yang dikhususkan.

Justeru, Mansoor mengesahkan akan kembali ke Malaysia untuk menghadapi pendakwaan sekiranya ada, namun tidak akan berbuat demikian selagi dianiaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI