fbpx

Isham nafi beliau penganjur himpunan desak Presiden UMNO berundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang tular sebelum ini di media sosial.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil menafikan beliau penganjur kepada perhimpunan bagi mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan Presiden UMNO.

Menurut beliau, dakwaan itu merupakan fitnah kerana beliau tidak menganjurkan perhimpunan yang didakwa akan diadakan di Dataran Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur tersebut.

“Ada orang cuba fitnah saya, mereka kata saya yang anjurkan himpunan ini. Kepada sesiapa yang cuba fitnah saya itu, bertaubatlah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau turut memuat naik poster perhimpunan tersebut yang didakwa akan diadakan di hadapan tiang bendera UMNO pada 26 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI