fbpx

Elok pelabur tumpu 10 negeri sokong Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

PETALING JAYA – “Kerajaan Perpaduan tetap stabil,” kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, Kerajaan Perpaduan mempunyai tempoh lebih empat tahun untuk memperbaiki sokongan di empat negeri dikuasai pembangkang.

“Ada 10 negeri yang sokong Kerajaan Pusat, maka elok pelabur tumpu kepada negeri-negeri itu.

“Politiknya selari dengan Pusat agar mudah dan tiada pertukaran dasar-dasar penting,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Pilihan Raya Negeri (PRU) baru-baru ini menyaksikan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah dikuasai oleh Perikatan Nasional (PN).

Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula dimenangi parti gabungan Kerajaan Perpaduan terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI