fbpx

27 motosikal disita, 67 saman dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal yang ditahan dalam Operasi Motosikal di Jalan Bunga Raya, Pandan Indah, Ampang, semalam.

AMPANG – Polis menyita sebanyak 27 motosikal serta mengeluarkan 67 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Operasi Motosikal di Jalan Bunga Raya, Pandan Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, operasi yang bermula daripada pukul 7.30 petang hingga 9.30 malam itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Menurutnya, operasi tersebut bertujuan mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas terutamanya bagi pengguna motosikal.

“Ini adalah berikutan statistik kemalangan yang direkodkan menunjukkan peningkatan yang tinggi di kalangan pengguna kenderaan ringan seperti motosikal.

“Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 27 buah motosikal telah ditahan dan dibawa balik ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya untuk proses dokumentasi dan panggil pemilik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua kenderaan terbabit disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama.

“Dalam operasi sama, sebanyak 61 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu yang sah, kesalahan nombor pendaftaran, ubah suai struktur kenderaan seperti ekzos, tidak patuh pada tunjuk arah, brek tidak berfungsi dengan baik dan kesalahan lain.

“Pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang pengubahsuaian pada mana-mana struktur asal kenderaan yang boleh menjadi punca kepada berlakunya kemalangan serta gangguan kepada ketenteraman awam,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI