fbpx

Tip gembira di tempat kerja, cari kawan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Kita kena happy (gembira) di tempat kerja, jangan tunggu kerja tu bagi seronok pada kita.” Itu antara perkongsian Prof. Mas Positive di TikTok, tentang cara untuk mewujudkan rasa gembira di tempat kerja.

Katanya lagi, mencari sahabat baik di tempat kerja juga boleh mencetuskan rasa seronok ketika bekerja.

“Kita yang kena ‘create’ (cipta) keseronokan tu. Cari kawan yang baik di tempat kerja. Kawan baik ni kadang-kadang tak perlu ramai, satu dua pun dah cukup.

“Jadi akan rasa seronok, ada orang memahami, gelak ketawa boleh berkongsi pengalaman, perasaan, bila nak pergi ofis ingat kawan yang tu seronok, gembira, best friend forever (kawan baik selamanya) dia panggil,” katanya.

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Alhamdulilah saya gembira sangat kat tempat kerja. Kawan-kawan semua sporting macam keluarga. Bila susah sama-sama tolong,” komen Cuwnaaaa.

“Ya Prof, saya penjawat awam. Dah bertahun saya guna teknik ni Prof, Alhamdulillah,” kongsi One.

Namun, perkongsian tersebut juga menerima respons sebaliknya apabila ada yang tidak bersetuju dengan konsep mencari kawan baik untuk cetuskan rasa gembira di tempat kerja.

“Saya tak gembira pun kat tempat keja. Kawan pun setakat senyum lepas tu dah balik. Tak ada istilah ‘best friend forever’ kat ofis semuanya toksik,” ujar Dhia6691.

“Saya tak ada kawan baik. Kadang belakang cakap tentang kita. Saya gembira bersama suami dan anak-anak,” menurut Anaarissa09.

“Saya cuba gembira di tempat kerja. Saya gembira tapi ada seorang buatkan saya stres sampai kena darah tinggi,” dedah Umiera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI