fbpx

Polis buru lelaki ragut rantai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian ragut di sebuah kedai kosmetik di Jalan Sekerat, Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Polis sedang memburu seorang lelaki yang meragut rantai emas pembantu kedai kosmetik di Jalan Sekerat, di sini pada pagi semalam.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular di media sosial sejak semalam menunjukkan suspek dipercayai lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an, tinggi kira-kira 175 sentimeter (cm) dan berbadan gempal.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 31 tahun terbabit berseorangan di kedai kosmetik berkenaan.

“Suspek yang memakai topi keledar memasuki premis itu dan bertanyakan mengenai satu produk kecantikan.

“Ketika sedang memberikan penerangan berkaitan produk tersebut, suspek tiba-tiba meragut rantai emas sebelum mangsa cuba melawan dan terjatuh,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI