fbpx

Anggota polis didakwa terima suapan RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Amin (kiri) keluar daripada mahkamah selepas didakwa atas pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,000 daripada seorang individu enam tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Amin Khairul Komar, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bertugas di bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik polis daerah Pekan didakwa melakukan kesalahan itu antara Oktober 2017 hingga Mac 2018.

Bagi tuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa menerima RM200 dari seorang individu melalui pindahan wang secara dalam talian ke dalam akaun milik isterinya pada 3 Oktober 2017 dan RM200 pada 23 Disember 2017.

Untuk pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa menerima wang berjumlah RM200 pada 26 Januari 2018 dan RM400 pada 2 Mac 2018 dari individu yang sama juga secara pindahan wang dalam talian ke dalam akaun yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh diwakili peguam Melissa Sukri.

Semasa prosiding peguam tertuduh memohon agar wang jaminan sebanyak RM10,000 dikurangkan kepada RM5,000 kerana menganggap jumlah yang dikenakan itu tidak munasabah.

Selain itu, peguam tertuduh juga memaklumkan tertuduh yang masih bertugas sebagai anggota polis di Pekan itu perlu menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan empat orang anak.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi kesemua pertuduhan beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat setiap bulan bermula bulan ini sehingga selesai perbicaraan.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga perbicaraan terbabit selesai.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 21 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI