fbpx

Kerjasama UMNO – DAP berada pada landasan tepat – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pra-pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerjasama UMNO dan DAP sudah berada pada landasan yang betul malah, ia berjaya dibuktikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, kerjasama DAP dan UMNO di Selangor dan Pulau Pinang juga berjaya membantu mengekalkan kerajaan negeri sedia ada seperti sebelum pilihan raya lalu.

Beliau berkata, kejayaan terbesar kerjasama ini dapat dilihat menerusi PRN di Negeri Sembilan dimana Barisan Nasional (BN) menang di hampir semua kerusi ditandingi.

“Kita lihat kerjasama (UMNO-DAP) ini telah membuahkan hasil. Saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada PRN lalu.

“Jangan lupa kita (BN dan PH) hanya kahwin dan berkawan dalam tempoh lapan bulan sahaja justeru, berikan kami masa empat lima tahun dan saya yakin Kerajaaan Perpaduan akan semakin kukuh, stabil dan menuju kecemerlangan.

“Ini adalah permulaan kerjasama yang baik dan ia berada pada kedudukan positif,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pra-pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Perpaduan menghormati pilihan dibuat rakyat pada PRN lalu dan fokus kini terarah kepada kerja dan memastikan rakyat terus hidup selesa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI