fbpx

‘Influencer’ kena sedar diri, buktikan bakat dulu – Wak Doyok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERCAKAP berdasarkan pengalaman, Wak Doyok menasihati pensohor media sosial yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia seni tidak meletakkan harga tidak masuk akal apabila menerima tawaran lakonan.

PETALING JAYA – Ikon fesyen juga pelakon, Wak Doyok mengingatkan pempengaruh atau pensohor media sosial agar tidak meletakkan harga tidak masuk akal apabila kali pertama menerima tawaran lakonan.

Pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor itu berkata, situasi tersebut disebabkan pempengaruh terbabit tiada pengalaman dalam drama mahu pun filem yang melayakkan mereka untuk demand atau tarik harga tinggi mengalahkan pelakon berpengalaman.

“Sebagai orang baharu yang tiada asas serta ingin menimba pengalaman, pada awal kemunculan dulu saya tidak letak pun harga kerana tahu di mana kedudukan saya.

“Jadi pempengaruh media sosial yang ingin terjun ke dunia lakonan jangan letak diri secara berlebihan, kena buktikan bakat dahulu. Perlu sedar diri bukan belum-belum dah ‘demand’.

“Setakat buat kelakar, nak tekan harga rasanya perkara seumpama itu perlu dihentikan. Tunjuk prestasi dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online pada acara The Big Brunch di Westside Coffee, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon Abang Long Fadil 2 itu mengakui belajar ilmu lakonan menerusi YouTube terutama daripada filem Tan Sri P Ramlee selama tiga tahun sebelum berani menerima apa-apa tawaran.

Kata Wak Doyok, 44, cermin serta kawan terdekat turut menjadi tempat untuknya berlatih melontarkan dialog sebagai cubaan menghayati watak dan perwatakan.

“Saya enggan membuang masa pihak produksi dan komitmen pelakon senior untuk berlatih di lokasi penggambaran disebabkan tidak mahu mengganggu.

“Oleh kerana itu saya hanya berani terima tawaran Datuk Yusof Haslam hanya selepas tiga tahun untuk membintangi filem Abang Long Fadil 2 selepas yakin mampu menggalas peranan diberikan.

“Saya takut penerbit terpaksa menanggung kerugian kos dan masa kalau saya main sambar sahaja tawaran,” ulasnya lagi yang turut membintangi Abang Long Fadil 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI