fbpx

PRN: Reezal sedia bantu bentuk Kerajaan Perpaduan di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (tiga dari kanan) bersama ahli keluarganya di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Millenium, Kepala Batas, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk memutuskan penyertaannya dalam pembentukan kerajaan negeri Pulau Pinang selepas ini.

Reezal berkata, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, matlamat utamanya adalah untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam terlebih dahulu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Ya, yang penting bagi saya ialah untuk menang dan saya nak supaya kehadiran saya ini membantu dalam membentuk Kerajaan Perpaduan (di Pulau Pinang) sebab kita tahu, Chow Kon Yeow (Ketua Menteri) ini dia nak cari ‘rakan kongsi’ yang ‘credible’ (boleh dipercayai), bermaruah, kuat dan beraspirasikan orang Melayu.

“Maka, sebab itu dia tawarkan kerusi-kerusi kepada UMNO dan Alhamdulillah, memang saya nak jadi penyumbang kepada apa yang disebutkan tadi,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai pemenang bagi kerusi DUN tersebut, malam tadi.

Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) itu menang setelah menewaskan penyandang kerusi DUN terbabit, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 2,321 undi selepas memperoleh 10,453 undi berbanding lawannya yang mendapat 8,132 undi.

Mengulas lanjut, Reezal yang juga bekas menteri Kabinet mengakui lega dengan kemenangan itu kerana ia telah membantu menebus kekecewaannya selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas pada pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Reezal berkata, kemenangan itu juga begitu bermakna kerana ia boleh dianggap sebagai permulaan untuk beliau melakukan ‘lonjakan’ politik seiring dengan perkembangan senario politik ketika ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI