fbpx

PRN: PN menang bergaya di 3 DUN Parlimen Tasek Gelugor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sobri (dari kiri) Muhammad Fauzi dan Azmi ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Institut Kemahiran MARA (IKM) Tasek Gelugor, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Kesemua calon Perikatan Nasional (PN) di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen Tasek Gelugor menang bergaya apabila berjaya menyapu bersih DUN itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), malam tadi.

Tiga kawasan tersebeut adalah di DUN Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Ayer Tawar.

Calon bagi kerusi DUN Permatang Berangan dimenangi oleh Yang Di-Pertua Pas Bahagian Tasek Gelugor, Mohd. Sobri Saleh dengan jumlah undian sebanyak 15,950 undi.

Mohd. Sobri atau lebih mesra disapa sebagai Pak Cik Sobri mengalahkan calon yang juga merupakan penyandang kerusi tersebut Nor Hafizah Othman dari parti gabungan Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) yang sekadar memperoleh undi sebanyak 7,001 undi dengan majoriti undi sebanyak 8,949.

Kerusi DUN Sungai Dua pula, berjaya dimiliki Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dengan hasil undian sebanyak 13,988 undi menewaskan pesaingnya dari BN-PH yang merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Shaikh Hussein Mydin.

Shaikh Hussein sekadar mendapat undian sebanyak 8,479 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,509 undi.

Sementara itu, kerusi DUN Telok Ayer Tawar berjaya disandang oleh Ketua Bersatu Bahagian Tasek Gelugor Azmi Alang dengan jumlah undi yang diperoleh sebanyak 10,223 undi.

Beliau berjaya menyingkirkan pencabarnya Abdul Mohsein Mohd Shariff dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah PH yang memperoleh 8,276 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,947 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI