fbpx

Selangor sebagai ‘super smart state’ – Azmin Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin Ali bersama isteri Datin Seri Shamsidar Taharin ketika mengundi sempena PRN ke-15 bagi DUN Hulu Kelang di pusat mengundi di SK Klang Gate hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

HULU KELANG – Perikatan Nasional (PN) ingin jadikan Selangor sebagai ‘super smart state’ sebagai tugas pertama jika membentuk kerajaan di negeri itu.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata, tugas pertama gabungan tersebut adalah memastikan Selangor akan terus menjadi sebuah negeri termaju di negara ini.

“Jika dipilih ini yang kami akan buat dahulu, sebab Selangor sebuah negeri yang maju tetapi ia harus melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

“Kita mahu memastikan Selangor ini kekal sebagai bukan sahaja ‘economic powerhouse’ untuk Malaysia tetapi juga rantau ini,” jelasnya ketika ditemui hari ini.

Tambahnya lagi, dia turut yakin gabungan tersebut mampu membentuk Kerajaan Negeri pada malam ini.

Jelas bekas Menteri Besar Selangor itu lagi, keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk ‘Grand Finale’ malam tadi.

“Saya optimis bahawa kita akan terus mewakili pengundi di Hulu Kelang, dan insya-Allah kita membentuk Kerajaan Negeri yang baharu di Selangor malam ini.

“Jadi dengan sokongan yang dilihat sejak minggu lalu dan malam tadi, saya yakin kita akan memperoleh majoriti besar di Hulu Kelang dan juga banyak lagi kerusi di Selangor,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin dan isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin selesai mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate sekitar pukul 9.10 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI