fbpx

PRN: Tun M makin sihat, buang undi di SK Titi Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah menunaikan tanggungjawab mengundi di SK Titi Gajah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Walaupun baru menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) minggu lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, di sini hari ini.

Turut mengundi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang tiba di pekarangan pusat mengundi itu kira-kira pukul 9.19 pagi tadi.

Kedua-kedua tokoh negara terbabit selesai membuang undi kira-kira lima minit kemudian.

Dr. Mahathir ketika ditemui pemberita memberitahu bahawa kesihatannya sudah pulih setelah mengalami demam sebelum dimasukkan ke IJN, Selasa lepas.

“Kesihatan saya okay tetapi saya demam sedikit, doktor saya selalu mendesak saya supaya pergi ke hospital. Saya tidak mahu ke hospital kerana saya merasakan duduk di rumah saya sudah boleh dirawat.

“Tetapi mereka desak saya perlu ke hospital jadi saya ke sana dua kali seminggu, selepas itu keluar. Saya baik sekarang,” katanya yang mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit.

Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai agar keluar mengundi pada
PRN tersebut kerana sangat penting dalam menentukan kerajaan.

“Pilihan raya ini penting kalau orang tak keluar, dia tak boleh tentukan siapa yang jadi kerajaan. Dahulu (PRU) ramai sikit kali ini tak berapa ramai, kadang-kadang orang tak ambil berat.

“Sepatutnya ramai keluar sebab ini nak tentukan masa depan mereka, kadang-kadang bosan, kalau pilih pun tak jadi apa. Ini perasaan tak bertanggungjawab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI