fbpx

PRN: Aminuddin selesai mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin yang juga calon PH DUN Sikamat menunjukkan jari telah dicelup dakwat di SMK Dato’ Haji Mohd. Redza, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Mohd. Redza di sini pada pukul 8.30 pagi tadi.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat yang berpakaian baju batik biru dilihat beratur dan menunggu gilian di Saluran 2 Pusat Pembuangan Undi sambil beramah mesra dengan orang ramai.

Beliau selesai mengundi pada pukul 8.50 pagi selepas ini akan membuat lawatan di sekitar Pusat Mengundi sekitar Sikamat.

Terdahulu, Aminuddin mengiring isterinya, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof membuang undi di SMK Dato’ Sheikh Ahmad di sini pada pukul 8 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI