fbpx

PRN: 48 laporan polis diterima sepanjang hari mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 48 laporan sepanjang hari pembuangan undi pada pilihan raya enam negeri setakat pukul 6 petang tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 42 kertas siasatan telah dibuka.

Menurut beliau, kebanyakan laporan adalah berkaitan kad pengenalan digunakan individu lain sewaktu ingin membuang undi.

“Di Selangor, kami menerima sebanyak 16 laporan, Negeri Sembilan (3), Kelantan (1), Kedah (9), Terengganu (5) dan Pulau Pinang (8).

“Kami menjangkakan ada peningkatan laporan berhubung kes ini ekoran jumlah keseluruhan laporan diperoleh setakat pukul 6 petang, mungkin kejadian berlaku akibat penggunaan kad pengenalan palsu.

“Selain itu terdapat juga laporan dibuat berkaitan mencetak bahan menyerupai kertas undi yang berlaku di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini

Mengulas berhubung laporan sebuah peti undi didapati tidak dimeterai (unsealed), Razarudin berkata, kes tersebut akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI