fbpx

Lelaki mengamuk siar video bunuh mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulejmanovic (gambar kecil) menembak mati isterinya di bandar Gradacac semalam. - Foto Nikola Tomic/Instagram/iron_bb24, Facebook

SARAJEVO, BOSNIA  – Seorang lelaki bersenjata menembak mati tiga orang termasuk bekas isterinya sebelum bertindak membunuh diri dengan menggunakan senjata api dalam kejadian di Gradacac, Bosnia petang semalam, lapor portal berita Daily Mirror.

Sebelum menembak diri sendiri, suspek merakam aksi dia mengamuk dan memuat naiknya di laman media sosial.

Selain tiga mangsa yang maut, tiga orang lagi turut cedera termasuk seorang lelaki dan wanita, manakala mangsa yang terbunuh termasuk bekas isteri penyerang, seorang bapa dan anak lelaki.

Media Bosnia melaporkan suspek dikenali sebagai Nermin Sulejmanovic, 35, dan sebelum membunuh diri dia menyatakan di laman Instagram: “Sesiapa yang pernah melaporkan saya kepada polis tidak akan hidup dengan baik. Mungkin saya tidak menghubungi seseorang, tetapi kini ia sudah berakhir.”

Dia menyenaraikan semua individu yang telah dibunuhnya semasa mengamuk dalam kejadian itu.

“Saya menembak anggota polis itu. Namun, dia melarikan diri. Dia melarikan diri dengan Skoda (kereta). Saya tidak dapat menangkapnya dengan (menggunakan kereta) BMW,” kata Sulejmanovic.

Saluran televisyen N1 melaporkan bahawa dia membunuh bekas isterinya dan dua lelaki iaitu seorang bapa serta seorang anak lelaki. Dia juga mencederakan seorang anggota polis, seorang lagi lelaki dan seorang wanita di lokasi berbeza di bandar tersebut.

Datuk Bandar Gradacac, Edis Dervišagic kemudian mengisytiharkan darurat di bandar itu manakala mayat Sulejmanov ditemui di sebuah kawasan di Gradacac, selepas polis melancarkan gerakan memburunya. 

Kes itu sedang disiasat oleh pihak pendakwa raya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI