fbpx

PRN: Khairy terus beri sokongan kepada rakan, kali ini buat anak Rais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy turut sama turun kempen bagi memberi sokongan kepada rakannya, Danni Rais di Kuala Klawang, di sini, hari ini.

JELEBU – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat sekali lagi tampil bagi membantu rakan serta kenalannya yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.

Kali ini beliau dilihat memuat naik dalam media sosialnnya kunjungannya ke Kuala Klawang, Jelebu bagi membantu kempen calon Perikatan Nasional (PN), Danni Rais.

“Di Klawang untuk menyokong sahabat saya @Danni.rais. Saya tak sokong mana-mana parti. Saya sokong calon yang saya rasa boleh berkhidmat dengan baik,” kongsinya dalam media sosialnya, hari ini.

Semalam, Khairy yang merupakan Bekas Ahli Parlimen Rembau turun padang ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam bagi memberi sokongan kepada rakannya yang juga calon BN, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di pekan lama Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Satu undi untuk Reezal Merican, adalah satu undi untuk Reezal Merican. Tak lebih daripada itu,” katanya.

Menurut Khairy, seperti yang dinyatakan ketika turun berkempen untuk calon PN bagi DUN Jeram, Datuk Harrison Hassan di Selangor, sebelum ini, beliau berkempen untuk calon, bukannya parti.

Khairy turut sama turun kempen bagi memberi sokongan kepada rakannya, Danni Rais di Kuala Klawang, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI