fbpx

Umpan dadah sebelum pukul, rogol depan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Sepasang kekasih warga tempatan dicekup selepas tindakan suspek lelaki merogol dan mencederakan seorang wanita tempatan di sebuah rumah di Jalan Pandan Indah 1/23, Pandan Indah, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa berusia 34 tahun telah berkenalan dengan suspek lelaki di perhentian bas di kawasan Pandan Kapital, di sini.

Ketua Polis Daerah Amang Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Azam Ismail berkata, suspek telah mengajak mangsa mengikutinya dengan menaiki motosikal ke sebuah rumah di Pandan Indah untuk menagih dadah.

“Semasa berada di rumah tersebut, suspek telah bertindak memukul pengadu di bahagian badan, kepala dan muka sebelum merogol pengadu sambil disaksikan oleh seorang lagi suspek yang disyaki teman wanitanya,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Azam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya telah menahan kedua-dua suspek di sebuah bilik hotel di kawasan Batu Caves, semalam kira-kira pukul 6.20 petang.

“Suspek pertama, lelaki berusia 49 tahun mempunyai 29 rekod jenayah dan suspek kedua, wanita berusia 39 tahun mempunyai sembilan rekod lampau dadah.

“Ujian air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek didapati positif jenis amphetamine dan methamphetamine,” ujarnya.

Katanya, suspek pertama ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini Rabu depan, manakala suspek kedua selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI