fbpx

Budak lelaki 8 tahun mati lemas dalam paya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dilaporkan sudah tidak sedarkan selepas ditemui lemas di kawasan paya di Jalan Baru, Seberang Perai, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas di kawasan paya berhampiran Evoke Residence, Jalan Baru, di sini petang tadi.

Mangsa yang merupakan warganegara Rohingya berjaya diselamatkan orang awam dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam tadi.

“Mangsa telah dibawa orang awam ke Hospital Seberang Jaya sebelum pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai tiba di lokasi kejadian.

“Pemantauan dilakukan dalam keadaan terkawal dan operasi ditamatkan pada pukul 7.25 malam tadi,” katanya, di sini sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI