fbpx

Pemandu lori bunuh bapa berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh bapanya sendiri pada awal pagi Sabtu lalu. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

PORT DICKSON – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh bapanya sendiri pada awal pagi Sabtu lalu.

Tertuduh, P Niruben, 26, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V Vanita.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah didapati membunuh bapanya K Paramasivan, 49, di antara pukul 12.20 tengah malam hingga 1.10 pagi di Taman D’ Ambang Kota Lukut.

Berikutan itu, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun hingga 40 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal.

Vanita kemudiannya menetapkan 12 September depan untuk sebutan semula kes.

Media 5 Ogos lalu melaporkan seorang bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk berakhir dengan tragedi apabila mangsa dipukul hingga mati oleh anak lelakinya dalam kejadian di Taman D’Ambang Kota, Lukut.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa berusia 26 tahun yang memaklumkan bapanya tidak sedarkan diri pada pukul 12.45 tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI