fbpx

Kerajaan Perpaduan tawar sambung pembangunan tergendala di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) disambut penduduk pada program Kesejahteraan Komuniti Felda Madani di Felda Tenang, Besut hari ini.

BESUT – Rakyat Terengganu perlu mengembalikan mandat kepada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bagi menyambung semula usaha memajukan pembangunan negeri yang tergendala sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) telah menampilkan 32 calon berwibawa dan komited untuk menerajui kepimpinan negeri pada PRN, Sabtu ini.

Beliau berkata, barisan calon di 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu adalah kombinasi muka lama dan baharu yang profesional dan mempunyai kepakaran dengan pelbagai latar belakang.

“Kita akan membantu Terengganu memulihkan kelembapan ekonomi, perniagaan kecil sederhana, ketiadaan peluang pekerjaan baharu, pengurusan air sambil lewa dan pengurusan bencana yang lemah.

“Dalam situasi sekarang pun, Terengganu tidak sealiran dengan Kerajaan Perpaduan kita tetap salurkan bantuan, apatah lagi jika selepas menang PRN nanti, lebih banyak pembangunan yang tergendala sebelum ini dapat diteruskan,” katanya di Felda Tenang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada program Kesejahteraan Komuniti Felda Madani dan Desa Cerdas anjuran Kemas Negeri Terengganu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI