fbpx

Bisnes makin maju, netizen nasihat Ali Puteh jangan lupa diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALI PUTEH

PETALING JAYA – Meskipun terpalit pelbagai kontroversi sebelum ini, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur apabila perniagaan yang diusahakan bersama isteri, Melati Fitri Abdullah mendapat sambutan khalayak.

Jelas Ali atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dia percaya setiap ujian yang pernah singgah dalam hidup terselit hikmah tersendiri.

“Alhamdulillah, tak pernah terlintas di fikiran saya apabila perniagaan mendapat tempat di hati kalian.

“Setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya. Terima kasih semua sokong perniagaan saya dan isteri. Moga Allah murahkan rezeki kalian semua,” ujarnya menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam TikTok.

Susulan itu, ruangan komen video tersebut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-rata turut menumpang gembira melihat kejayaan pasangan terbabit.

“Tahniah Ali, jangan putus asa, teruskan berusaha, rezeki Allah itu luas,” komen seorang netizen.

Dalam keterujaan ramai melihat kejayaan adik kepada Allahyarham Abam itu, netizen turut menitipkan pesanan terhadapnya agar jangan terlalu selesa dengan kejayaan..

Terdapat individu secara lantang menegur Ali supaya tidak terlalu selesa atau lupa diri setelah mengecapi kejayaan dalam bisnesnya.

“Sudah berjaya nanti jangan pula kau lupa diri, jammudah selesa kerana ramai yang sokong kau. Hargai semuanya,” demikian komen individu tersebut.

Tidak berdiam diri, Ali membalas komen dengan menyatakan dirinya sama seperti dulu, sentiasa menjadi diri sendiri apatah lagi lupa diri.

“Seumur hidup saya tidak pernah lupa diri, saya hanya menjadi diri saya sendiri, di atas atau di bawah, Ali tetap Ali, insha-Allah,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI