fbpx

Perikatan Nasional tidak akan bebaskan Najib – Lokman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman.

PETALING JAYA – “Kalau sokong Perikatan Nasional (PN) boleh bebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah lama saya sokong PN”.

Demikian pengakuan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dalam satu ceramah kempen politik.

Kata beliau, tidak logik dakwaan konon bekas Perdana Menteri itu akan dibebaskan jika PN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

“Orang macam saya penyokong Najib. Mereka kata disebabkan Najib tidak dibebaskan lagi, maka PRN kita boikot. Biar Barisan Nasional (BN) kalah.

“Kalau PN menang maka Najib akan dibebaskan. Saya nak beritahu orang seperti ini jangan jadi bodoh,” katanya.

Lokman mendakwa, usaha untuk memenjarakan Najib dimulakan oleh oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersama PN.

Dakwa beliau, individu yang meneruskan usaha Mahathir untuk penjarakan Najib adalah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi di mana logiknya. Jangan terpedaya dengan manusia seperti Annuar Musa, Tun Faisal, Papa Gomo. Pengkhianat tetap pengkhianat,” dakwanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI