fbpx
Rafizi.

Janji peluang pekerjaan bukan sewa bas hantar bekerja di Selangor, KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menjanjikan peluang pekerjaan bukan dengan cara sewa bas menghantar anak muda datang bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur.

Demikian sindiran Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dipercayai ditujukan kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Tegas Rafizi, berjanji mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat memerlukan perancangan rapi dengan penglibatan semua pihak.

“Setakat ini, di bawah Kementerian Ekonomi, kita telah hasilkan 43,000 peluang pekerjaan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Peluang pekerjaan antara kandungan dalam manifesto gabungan PN sempena pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Rafizi berkata, sebanyak 23,000 peluang pekerjaan di bawah kementeriannya bernilai tinggi menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Tambah beliau, sebanyak 20,000 lagi menerusi Academy in Industry (AiI) untuk lepasan SPM yang tidak mahu teruskan pengajian tetapi ingin terus bekerja.

“Kita latih mereka, berikan Sijil Kemahiran Malaysia dan mereka boleh bekerja dengan 200 syarikat besar di bawah AiI. Permohonan juga telah kita buka kepada yang berminat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN