fbpx
Amirudin pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO

Che’gu Bard tiada maruah, hanya tahu menuduh – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard sebagai seorang yang tidak bermaruah dan hanya tahu membuat tuduhan.

Amirudin berkata, dakwaan yang ditimbulkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu tidak perlu dilayan berikutan perkara itu sudah dijawab di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Orang macam Che’gu Bard tidak patut dilayan oleh siapapun. Saya tidak anggap berat apa-apa tuduhan yang dibuat Che’gu Bard sebab dia hanya bergerak dengan orang mengupahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak selepas meninjau proses pengundian di Depot Bekalan Pusat, Kor Perkhidmatan Diraja, di sini hari ini.

Terdahulu, Che’gu Bard mendakwa Amirudin terlibat dalam salah laku berkaitan pemberian projek pembersihan Sungai Klang yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat.

Sementara itu, Amirudin menegaskan tindakannya untuk memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan fitnah sehingga menjejaskan kredibilitinya adalah untuk mempertahankan diri.

Jelasnya, tindakan itu bukan untuk mengekang kebebasan bersuara sebaliknya untuk melawan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

“Bukan tak tahan dengan kritikan, tetapi saya nak pertahankan integriti serta tatakelola yang ada dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN