fbpx

Bapa naik angin sebat anak perempuan kerja jurujual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAMRY menunjukkan kesan sebatan seorang bapa ke atas anak perempuannya di rumahnya di Kampung Melayu Raya, Segamat.

SEGAMAT – Seorang bapa menghayun lebih 10 sebatan menggunakan rotan sehingga mengakibatkan anak perempuannya luka teruk di Kampung Melayu Raya, di sini sini, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, pihak polis menerima laporan dari mangsa wanita berusia 20 tahun kira-kira pukul 12.16 malam semalam mengenai kejadian.

“Mangsa memaklumkan mengalami luka selepas dipukul menggunakan rotan berukuran kecil. Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada pukul 11 pagi semalam ketika bapa mangsa yang juga penoreh getah dikatakan berada di rumah.

“Ketika kejadian, mangsa sedang berada di rumah sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak merotan mangsa melebihi 10 sebatan di beberapa bahagian betis, peha dan siku menggunakan rotan miliknya.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan teruk dan membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, suspek yang berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya pada pukul 2.33 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati bapa mangsa bertindak demikian berikutan tidak berpuas hati terhadap anak perempuan sulungnya itu selepas mengikuti saudara terdekatnya bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh, Selangor tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

“Mangsa yang mengalami kecederaan itu menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS) berikutan kecederaan serius yang dialami kesan dari sebatan bertalu-talu dari pukulan rotan berkenaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 324/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dicederakan,” katanya.

Ujarnya, suspek turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan curi dan menyamar sebagai penjawat awam direman tiga hari bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI