fbpx
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan Ahmad Zahid ketika menghadiri mesyuarat MTEN bersama jemaah menteri semalam. - Foto ihsan PMO

2 juta pekerja Malaysia pendapatan bawah RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih dua juta pekerja Malaysia masih berpendapatan kurang RM2,000 sebulan berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, statistik itu juga bermaksud lebih dua juta pekerja Malaysia masih dalam kategori golongan B40.

Justeru, katanya, menjadi matlamat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan termasuk melalui pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

“Dasar Gaji Progresif seiring dengan perkembangan ekonomi dunia termasuk kadar upah pekerja di semua sektor.

“Matlamat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan terbantut sekiranya Dasar Gaji Progresif ini tidak dilaksanakan dengan segera,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Dasar Gaji Progresif dapat membantu menyeimbangkan antara peningkatan gaji dan kos sara hidup rakyat di bandar dan luar bandar.

Kata beliau, dengan perimbangan pendapatan dan perbelanjaan, secara tidak langsung dapat menangani kenaikan inflasi.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk menurunkan kadar inflasi bagi menstabilkan kos sara hidup rakyat.

“Saya berharap Dasar Gaji Progresif ini akan menerima sambutan daripada syarikat, majikan dan pekerja demi kesejahteraan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN